Thursday 1 December 2011

UNSUR-UNSUR SENI


UNSUR – UNSUR SENI

- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:

• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna

A. Garisan
- Garisan yang pelbagai rupa boleh menghasilkan pelbagai rupa,bentuk atau objek.
- Cantuman pelbagai garisan boleh menghasilkan pelbagai bentuk seperti bintang, kotak,rumah dsb.
- Dari sudut matematik, garisan ialah
i. Bila satu titik bergerak, garisan terhasil
ii. Bila dua titik disambung garisan terhasil
- Umumnya, garisan terhasil daripada percantuman titik-titik
  Jenis-jenis Garisan:
Garisan mempunyai pelbagai sifat. Ianya memberi pengertian dan fungsi yang berbeza. Terdapat garisan tebal, kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terputus, berbulu dan sebagainya


Fungsi Garisan
Garisan berfungsi untuk menghasilkan jalinan, rupa, bentuk, ruang, ton dan pergerakan dalam sesuatu karya.

B. Rupa
Rupa ialah sesuatu yang rata dengan permukaannya yang kosong dan bersifat 2 dimensi.Rupa terhasil apabila satu garisan bercantum kedua hujungnya.
Jenis-jenis rupa
i. Rupa positif dan negatif
ii. Rupa geometri
Iii. Rupa organik
Fungsi rupa
Ia berfungsi untuk menghasilkan corak, bentuk, ruang dalam sesuatu karya.

C. Bentuk
Bentuk memeperlihatkan seperti sebuah objek yang bersifat pejal, mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi
Jenis-jenis bentuk
Bentuk konkrit ( objek-objek maujud yang dapat dilihat dan disentu
Bentuk ilusi ( objek-objek yang terdapat didalam gambar, lukisan, catan dan komputer)
Bentuk organik ( objek-objek daripada alam semulajadi )

D. Ruang:
Ruang adalah suatu jarak yang boleh diukur diantara imej-imej yang telah ditetapkan.
Ruang dua dimensi mempunyai ketinggian dan kelebaran
Ruang tiga dimensi mempunyai kedalaman, ketinggian dan kelebaran
Jenis-jenis ruang
§ Ruang nyata ( ruang yang sebenar)
§ Ruang ilusi ( ruang yang dihasilkan melalui lukisan,ruang yang dihayati secara visual)
Bentuk geometrik ( objek-objek buatan manusia )
Kedudukan ruang
§ Ruang hadapan( foreground)
§ Ruang tengah ( middle ground)
§ Ruang belakang ( background)
Fungsi ruang
- menunjukkan jarak diantara imej-imej uang dilukis
- menunjukkan perspektif.
 Dikaitkan dengan catan lanskap
Menunjukkan suasana sesuatu yang jauh ke dalam pada permukaan dua dimensi
 Terhasil apabila adanya perbezaan jarak yang ditunjukkan melalui garisan, ton, warna dan lain-lain
Menghasilkan perspektif
Merujuk kepada satu ruang yang terdapat sebahagian objek yang hanya diwakili dengan bentuk-bentuknya, sehingga objek itu terhapus pada satu titik perspektif

E. Jalinan:
Ia adalah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek
Jenis-jenis jalinan
jalinan sentuh ( yang boleh dilihat dan pegang- jalinan timbul)
Jalinan tampak ( yang terdapat pada permukaan 2 dimensi yang tidak dapat disentuh tetapi dihayati secara visual- hanya kelihatan)
Fungsi jalinan:
- menunjukkan konsep ruang/jarak didalam sesuatu gubahan
- menimbulkan keindahan seperti corak pada badan rama-rama dan perhiasan jubin atau pada dinding rumah.

F. Warna
Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu hasil karya. Warna mempengaruhi kehidupan manusia. Warna terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira manakala warna gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih.
Dalam seni visual warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan. Tujuan utama teori warna dipelajari adalah bertujuan memahami cirri-ciri warna dan cara mengaplikasikannya dalam aktiviti seni visual.
Warna dihasilkan oleh cahaya. Ia terhasil apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud.
Warna:
Warna ialah tindakbalas visual terhadap gelombang cahaya yang dikenalpasti sebagai merah, biru, hijau dan lain-lain
Apabila cahaya putih menembusi prisma, spektrum warna-warna terhasil.




Jenis-jenis warna:
1. Warna Asas
( merah, Kuning , Biru )- Warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain
2. Warna Sekunder
( Hijau,Jingga, Unggu)- Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas
3. Warna Tertier
( Warna hasil campuran satu warna utama dan satu warna sekunder yang bertentangan/ campuran tiga warna utama


No comments:

Post a Comment