Tuesday 6 December 2011

PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN
- Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang
terlibat di dalam mendapatkan bukti
(evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan
objektif pengujian, merangka soalan
atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau
memberi markah termasuk melaporkan
keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit
(pelajar, pihak sekolah, pihak
kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk
pengujian termasuklah ujian
bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga,
portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang
diberi markah.
- penilaian merujuk kepada proses menghakimi
sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan
maksud yang lebih mudah, seseorang akan
menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau
semua daripada perkara berikut: keberkesanan,
kelancaran, fungsi dan
operasi.


Pengujian Formal dan Tidak Formal

pengujian tidak formal
Bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca
isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap
pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab
dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan
kerja rumah pelajar.

Pengujian formal
Melibatkan pengujian rasmi yang
dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di
sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus
diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar
akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus
mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan
pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu
dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.


Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

- Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk
pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa
tahun pembelajaran.

- pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk
pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.


Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria
(Criterionreferenced)

- Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian
dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas
mengikut norma. Dalam erti kata lain,
para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.

- Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan
seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang
telah ditetapkan - Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,
guru boleh memfokuskan
pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.


Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik

- Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang
selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat
bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan
bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.

- Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif
untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.


Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif

- Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian
bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.

- kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah
berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam
bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research
workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased
assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan
pembentangan pelajar.


KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM
PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri
pengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan
keperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara
holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen
yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu
pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun
tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian
sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang
dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan
umum.

- Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk
pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak
formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).

- Temuramah - Temuramah dapat membantu guru
dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh
pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman
pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan
sebagai satu cara untuk mendekati diri
pelajar.

- Perbincangan - Perbincangan boleh melibatkan
sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar
daripada merasa gemuruh ketika diuji.

- Pengujian Berasaskan Persembahan
(Performance-based Assessment) - pelajar
melakukan sesuatu sama ada demonstrasi,
pembentangan dan lain-lain.

- Maklum Balas- Borang maklum balas atau
questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan
ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah
soalan tertutup

- Portfolio - Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni,
latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya
dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam
folder yang berupa fail.


PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM
PENDIDIKAN SENI

1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman
pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana
pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak?

2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam
proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi
pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan
kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi
lebih manfaat daripada bekerja secara
individu?

3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar?
Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat
dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar?
Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan
pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri
mereka sendiri?

4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan?
Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk
memperbaiki kemajuan kanak-kanak?

5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan
tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni?
Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan
pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan
juga ibu bapa?


PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK

- pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru
menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan
pencapaian pelajar.
- luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun
ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.
- tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard
yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar
di dalam kelas.
- cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni
pada sebarang medium seni.


PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI

- Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar
mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah
menjurus ke arah itu.


PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI

- mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan
seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat
diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika.

No comments:

Post a Comment