Monday 5 December 2011

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

No comments:

Post a Comment